Wednesday, October 21, 2009

Hidup mesti diteruskan

Kalau dulu waktu kecil penulis selalu memikirkan alangkah bagusnye kalau jadi orang dewasa. Dah tak payah pergi sekolah, ade kereta sendiri, tak kene marah dengan cikgu sebab tak siap keje sekolah..bebas. Tapi bile dah dewasa, ade kerjaya, kereta sendiri, terasa nak jadi macam budak kecil. Sebab tak payah memikirkan nak bayar kereta bulan-bulan, sewa rumah, kerja yang bertimbun-timbun. Ape yang pasti mase lalu ta boleh patah balik. Jangan pulak kite berkata “Alangkah bagus kalau ade mesin masa Doraemon! Boleh balik ke masa lampau…” walaupun kite hanya berkata demikian tetapi boleh menyebabkan iman tergugat..kerana tidak mensyukuri ape yang dikecapi sekarang ni. Orang yang kufur nikmat apatah lagi kufur aqidah akan di seksa di akhirat kelak…semoga kite sentiasa beringat agar sentiasa bersyukur kepada Allah.Allahurabbi.

Masalah kecil masalah besar
Teringat kata-kata ayah ”Kalau kite dah tak ade masalah besar yang difikirkan, masalah kecil pun jadi besar.” Waktu itu penulis kalut nak potong rambut, sehingga potong rambut menjadi satu masalah. Sedangkan banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dahulu seperti memperbaharui lesen memandu, mendaftar sebagai pemilih, membeli barang dapur, servis kereta dan lain-lain. “Kalau orang di Palestin lagi berganda susah dari kite..masalah mereka lagi besar..hidup dalam ketakutan dan dizalimi oleh puak-puak zionis Laknatullah..kite hidup senang lenang “membela” lemak jer…mereka kat sane dihujani perluru..kite kat sini dihujani air kimia..ntah ntah budak Palestin gelak je kat kite”
Bile kite memikirkan masalah kite besar, ade orang masalah mereka lagi besar. Masih ramai yang hidup susah, duit tak cukup nak sara anak isteri, Ade pulak yang hidup menderita disebabkan penyakit yang dihidapi dan lain-lain.

Masalah Ummat
Dari perbualan dengan rakan sekerja, umat Islam di negara ni paling banyak kes murtad selepas negara jiran Indonesia. Filipina pula tempat ketiga. Statistik kes buang bayi, penagihan dadah, rasuah, mat rempit, rompak mesin ATM tak pernah berkurangan. Macam-macam dah dibuat oleh kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini tetapi masih belum menjumpai formula yang terbaik. Penulis yakin pemimpin negara ini bukanya bodoh…semuanye terpelajar..cume mungkin mereka masih “mencari-cari” formula yang tersimpan entah dimana.

Peringatan dari Ilahi
Semenjak kebelakangan ini bencana alam sering dilaporkan. Di Filipina taufan Parma yang menyebabkan 15 orang terbunuh, banjir besar di Manila,Filipina menyebabkan 240 orang mati, kini taufan melor di Jepun yang berkelajuan 216 km/jam, gempa 6.9 skala ritcher di Padang, Indonesia dan sebagainya. Tak lain tak bukan ini adalah peringatan dari Allah agar hambaNya beringat akan dosa yamg dilakukan. Syukur kerana di negara ini masih dikurniakan keselematan dari bencana yang besar.

Perlu kembali kepada fitrah
Kite dilahirkan dalam keadaan fitrah, dalam keadaan Islam. Ibu bapa yang bertanggungjawab mendidik dan memberi ape yang sepatutnya diperlukan oleh kite .Dari segi pendidikan agama, pakaian,makan, minum dan keperluan lain. Pun begitu atas kite untuk meneruskan hidup bile kite sudah mampu untuk memilih jalan yang betul atau salah. Ingatlah Allah mengilhamkan kepada kite jalan kebaikan dan keburukan. Beruntung bagi orang yang mensucikan jiwanya, merugi bagi yang mengotori jiwanya.