Friday, August 29, 2008

Hari yang ‘Padat’


Bismillah,

Hari ni penulis balik ke rumah memandangkan lame dah tak balik.Lebih-lebih lagi sewaktu cuti sekolah yang lepas,semua ahli keluarga ade kat rumah melainkan aku je x de.Ini kerana cuti mid sem kampus aku x same dengan cuti sekolah, walhal cuti mid sem U lain same.

Bertolak Balik
Agak kelam kabut sikit sebab dah lambat, tuan punye kete dah tunggu.Tumpang orang je balik. Aku balik dengan seoarng kawan. Sume sekali tiga orang. Memandangkan tak makan lagi, singgah makan jap kat Batu Gajah. Pekena ikan bakar pulak.Asyik makan ayam je kat kampus. Perjalanan disambung balik. Kemudian singgah di RnR Ulu Bernam untuk solat Asar, qasar secara berjamaah.

Tiba di Sungai Buloh
Tiba di Stesen Komuter Sungai Buloh pada kira-kira pukul 6.30ptg. Setibanye kat situ, aku terus membeli tiket ke Bandar Tasik Selatan, RM3.00.

Delay 40 min
Macam tunggu kapal terbang la plak. Ade delay. Ingtkan tggu Air Asia je ade delay. Ops. Tony jgn marah ea. Untuk ke stesen Bandar Tasik Selatan dari Sungai Buloh, perlu melalui 12 stesen.Hmm, agak bnyak jugak tu.Tambahan pulak purata masa dari satu stesen ke stesen mengambil masa lebih kurang empat ke lima minit. Kalau tambah jumlah masa lebih kurang hampir 48min ke 1 jam gak la.

Mengira belom solat Magrib lagi. Maka dengan itu penulis decide utk turun di KL SENTRAL.Hnya tujuh stesen je.Hmm pun bnyk gak.Tp better la sikit dan tak perlu tukar atau beli tiket baru.Just gune tiket yang dah beli tu waktu nak masuk KL SENTRAL. Cume rugi 90 sen.Kul 7.28 br keteapi memunculkan dirnye. Ape puny ayat da. PUKUL 8.05 baru sampai kat KL SENTRAL. Siap salah turun kat stesen Kuala Lumpur dulu sebelum naik balik tren ke KL SENTRAL. KEADAAN yang sesak dan ’PADAT’ dalam tren pun satu hal. Kali pertama aku terpaksa beresak-esak dalam tren.Tetapi bagi mereka yang selalu menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja perkara ni mungkin dah biasa. Nak citer kat sini, laki pompuan dah x kire. Nasib la ko. Terhimpit macam sardin Sume nak masuk dan cepat balik ke rumah masing2. Mungkin ni kali terakhir rakyat Malaysia beresak-esak dalam tren kot. Memandangkan Bajet 2009 kali ni menitik beratkan soal perkhidmatan pangangkutan awam. Harapannye ia bukan sekadar di atas kertas SAHAJA.

Di KL SENTRAL
Sampai2 trus g cari surau. Dah lambat dah ni. Cepat2 amek wuduk pastu solat Magrib ngan Isyak. Jamak takdim dan qasar. Pastu g cari kaunter KLIA transit, ERL dan beli tiket ke Putrajaya. Melilau gak mencari. Kaunter die agak tersorok sikit la, kalau nak banding ngan kaunter Komuter ngan LRT. Kene RM9.50.. Harap2 tambang leh kurang lagi nanti. Kemudian trus g turun ke tempat menunggu. Aku terpaksa tggu 29 min untuk ERL yang seterusnye. Dah betul dah naik tren sebelum nye. Ingt tren tu adalah tren ekspres KLIA. RupeNye transit KLIA.Hmm, dugaan2.

Sampai gak
Sampai gak kat Putrajaya.Lebih kurang kul 10 lebih. Dari Putrajaya ibubapa aku amek memandangkan dorg ade keje di pejabat. Bapa sibuk dengan kerja 5Snya.

Memang dah rezeki aku nak menyaksikan pertujukkan bunga api yang dibuat setiap tahun di PICC. Boleh katekan sume penduduk kat Putrajaya turun utk lihat sendiri.Katanye tiket masuk ke PICC utk acara tu RM200.00. Tak kurang ramainya yang lihat pertunjukkan itu dari jauh siap bawak tikar lagi. Secara amnya acara ini adalah pertandingan yang disertai oleh negara luar seperti Canada, Australia dll. Malaysia juga ade mengambik bahagian Malaysia mendapat tempat kedua.Lebih kurang setengah pertunjukkan iu pun tamat.


Akhirnya
...sampai jugak kat rumah. Dengan badan yang letih aku pon merehatkan diri. Harap esok x bgn lewat. Sekadar perkongsian. Wassalam.

Pengajaran semasa dalam perjalanan
1. Merancang untuk balik dan packing awal supaya tidak tertinggal barang yang penting.
Act aku nak bawak balik buku sikit…ish3

2. kalau aku solat Maghrib kat Sungai Buloh dlu ok gak solat diawal waktu. Mgkn dimudahkan pejalanan.

3. Tnye orang tu biar btul2. Wktu dalam ERL tu aku just tnye ERL ni gi KLIA ke. Dia kate ye. Memang pun, cume tak tnye ERL tu transit ke ekspres. Time tu agak keliru siket.

4. keadaan beresak-esak kat dalam tren dah lama dialami oleh pengguna pengangkutan
awam. Lebih-lebih lagi apabila harga petrol naik amelambung.

Friday, August 22, 2008

Pak Cik Misai sudah bersuara

Bismillah,

Pada malam rabu hari penulis g sembahyang maghrib kat surau propana.Saje nak imarahkan surau kat sane disamping tgk adik2 yang br msuk UTP.

Then g singgah kat cafe old v5 tu jap.Sembang2 lah dgn taukeh kat ctu.Die suh pggl Pakcik Misai.
Penulis yang bukak citer dlu.Citer kat Pakcik Misai tu pasal budak2 yang g makan kat cafe ni komplen pasal cafe pakcik ni.Pekerja x mesra, harga x berpatutan dsb.

Pastu time tu jugak pakcik bukak citer.Budak2 ni ade yang sorok lauk lah,"die tak nampak yang kite nampak"kate pakcik Misai.Siap gambar pun ade.Cume x sebar je.

'Bayangkan nak layan budak sampai dekat 500 orang, mane tak payah.Katelah kite marah kat si A ni.Pastu datang plak B.Marah kat A td x abih lg.Manusia...'kate pakcik Misai, lebih kurang r.

Bab citer layanan x mesra rakyat tu, die mmg particular gak.Sampai ade pekerja yang lari sebab kene marah.

Die citer ade je student yang dtg pakai tuala , rilek je g makan kat cafe tu.Huh macam2.

Pasal komplen utk cafe ni x bnyk sgt.Certain student je yang mmg perangai x berape nak elok komplen."Student ade MPP nak komplen, pakcik nak komplen kat sape...dalam meetg je lah.."
Die pun tahu mslah student, x sume dari kuarga senang.

Sebelum balik penulis dibelanja minum, nak bayar dah, tapi pakcik tu kate ikhlas nak belanja, rezki jgn ditolak.Sekadar sharing.Wasalam

Tuesday, August 19, 2008

Sepetang Ke Ipow

Bismillah,

Semalam petang penulis ngan dua orang kawannya pergi ke Celcom center atas beberapa urusan mustahak.Handset hilang.So kene lah dapatakn simkad baru kat sane. Lame gak hidup x berhandset.Seksa gak r.Kepada yang senasib dengan saye , Celcom center terletak kat Dewan Perniagaan Greentown.(kat belakang Greentown leh nampak, berhampiran ngan snow wash).

Pastu ktorg bertolak ke UTP.Singgah jap kat Masjid Hospital.Tak jauh dari Greentown tu.

Then g singgah rumah mak cik kawan jap. Kat Tronoh.Cume nak citer kat cni kampung tu dalam kawasan perkampungan masyarakat cina.Agak tersork gak r.Tp suasana kat ctu memberi memori kat kampung halaman.Tu je kut nak citer.Sekadar sharing..

Tuesday, August 5, 2008

Mane scholar ni???!!!

Penat2 beratur kat CIMB cek2 cscholar tak masuk lagi.Memang panas ah time tu.Aku ade pergi Blok O , En Zamani pulak x de. Dpt cakap ngan asst die. Katenye Petronas nak bagi skali ngan dak2 yang baru masuk.Apesal.Apepun en tu cakap scholar akan kuar dalam minggu ni.Tak tau r bile.Harap2 cepat r.Nak beli buku pun x dpt, apetah lagi nak join event yang menarik skg nih. Pressure btul a.Sape suruh x pandai gune duit kan.Hmmm.Pasni kene pandai berjimat.Kurangkan kuar makan kat luar, jalan kaki g lecture.Park kete kat tempat die.Wasalam.

Saman oh Saman!!

Sebagai pembukaan kepada blog ini, penulis sengaje memilih untuk menceritakan sikit tentang pengalaman disaman oleh orang yang kerjanye menyaman student dikampus ini.

Penulis tidak berape nak ingt tarikh disaman tetapi pada hari yang same aku telah disaman dua kali so RM60.00 dah tentu terbang.Sape suruh gi parking kat sebelah laluan antara kafe v4 dengan v4B.Pastu tak serik gi parking kat belakang Blok akademik.Dah lambat la katekan.Taktik lak tak menjadi.

Memang hari ni kurang bernasib baik gak.Ingtkn parking kat laluan turun bukit dari v5 ke v4 tak kene saman.Sekali hari ni kene gak.Jadi dah ade tiga saman.Pergh memang baik betul la aku kan.

Pengajarannye ikutlah peraturan jalan raya kat UTP.

Cume satu bende nak bangkitkan kat sini, dorg yang kerjenye menyaman kadang2 tu muke macam nak makan orang.Pastu international student lepas camtu je.Mane local student tak marah.Isu ni dah lame dah.Cume sekadar nak berkongsi.

Papehal pun korang yang ade saman tu baik gi settle cepat.
Sementara awal2 sem ni mungkin workload tak banyak lg.Rajin2kan tangan menulis surat rayuan mintak kurangkn saman kat Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Kesalahan-Kesalahan Kecil Pelajar Universiiti Teknologi PETRONAS Bandar Seri Iskandar 31750 Tronoh Perak.(kalau x silap).Then hnta kat JPSP.Nak tengok contoh ade kat JPSP.Dorg akan layan TIGA saman terawaL JE.Pastu pandai2 la hidup.

Satu lg, sekatakat saman yang aku kene mase menyaman around kul 8.30pg.Jd kalau nak alihkan kete tu alihlah awal dari tu ye.(komen jg x komen)

Salam Perkenalan

Blog ini tercetus akibat dari pendapat penulis yang merasakn kepentingan untuk berblog.Semoga blog ini dapat menjadi salah satu medan untuk mahasiswa khususnya UTPian untuk menyuarakan pendapat, perkongsian, ape-ape aje.Salam perkenalan kepada blogger-blogger yang wujud kat UTP ni.Sekian.(komen jangan x komen).^_^