Friday, August 29, 2008

Hari yang ‘Padat’


Bismillah,

Hari ni penulis balik ke rumah memandangkan lame dah tak balik.Lebih-lebih lagi sewaktu cuti sekolah yang lepas,semua ahli keluarga ade kat rumah melainkan aku je x de.Ini kerana cuti mid sem kampus aku x same dengan cuti sekolah, walhal cuti mid sem U lain same.

Bertolak Balik
Agak kelam kabut sikit sebab dah lambat, tuan punye kete dah tunggu.Tumpang orang je balik. Aku balik dengan seoarng kawan. Sume sekali tiga orang. Memandangkan tak makan lagi, singgah makan jap kat Batu Gajah. Pekena ikan bakar pulak.Asyik makan ayam je kat kampus. Perjalanan disambung balik. Kemudian singgah di RnR Ulu Bernam untuk solat Asar, qasar secara berjamaah.

Tiba di Sungai Buloh
Tiba di Stesen Komuter Sungai Buloh pada kira-kira pukul 6.30ptg. Setibanye kat situ, aku terus membeli tiket ke Bandar Tasik Selatan, RM3.00.

Delay 40 min
Macam tunggu kapal terbang la plak. Ade delay. Ingtkan tggu Air Asia je ade delay. Ops. Tony jgn marah ea. Untuk ke stesen Bandar Tasik Selatan dari Sungai Buloh, perlu melalui 12 stesen.Hmm, agak bnyak jugak tu.Tambahan pulak purata masa dari satu stesen ke stesen mengambil masa lebih kurang empat ke lima minit. Kalau tambah jumlah masa lebih kurang hampir 48min ke 1 jam gak la.

Mengira belom solat Magrib lagi. Maka dengan itu penulis decide utk turun di KL SENTRAL.Hnya tujuh stesen je.Hmm pun bnyk gak.Tp better la sikit dan tak perlu tukar atau beli tiket baru.Just gune tiket yang dah beli tu waktu nak masuk KL SENTRAL. Cume rugi 90 sen.Kul 7.28 br keteapi memunculkan dirnye. Ape puny ayat da. PUKUL 8.05 baru sampai kat KL SENTRAL. Siap salah turun kat stesen Kuala Lumpur dulu sebelum naik balik tren ke KL SENTRAL. KEADAAN yang sesak dan ’PADAT’ dalam tren pun satu hal. Kali pertama aku terpaksa beresak-esak dalam tren.Tetapi bagi mereka yang selalu menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja perkara ni mungkin dah biasa. Nak citer kat sini, laki pompuan dah x kire. Nasib la ko. Terhimpit macam sardin Sume nak masuk dan cepat balik ke rumah masing2. Mungkin ni kali terakhir rakyat Malaysia beresak-esak dalam tren kot. Memandangkan Bajet 2009 kali ni menitik beratkan soal perkhidmatan pangangkutan awam. Harapannye ia bukan sekadar di atas kertas SAHAJA.

Di KL SENTRAL
Sampai2 trus g cari surau. Dah lambat dah ni. Cepat2 amek wuduk pastu solat Magrib ngan Isyak. Jamak takdim dan qasar. Pastu g cari kaunter KLIA transit, ERL dan beli tiket ke Putrajaya. Melilau gak mencari. Kaunter die agak tersorok sikit la, kalau nak banding ngan kaunter Komuter ngan LRT. Kene RM9.50.. Harap2 tambang leh kurang lagi nanti. Kemudian trus g turun ke tempat menunggu. Aku terpaksa tggu 29 min untuk ERL yang seterusnye. Dah betul dah naik tren sebelum nye. Ingt tren tu adalah tren ekspres KLIA. RupeNye transit KLIA.Hmm, dugaan2.

Sampai gak
Sampai gak kat Putrajaya.Lebih kurang kul 10 lebih. Dari Putrajaya ibubapa aku amek memandangkan dorg ade keje di pejabat. Bapa sibuk dengan kerja 5Snya.

Memang dah rezeki aku nak menyaksikan pertujukkan bunga api yang dibuat setiap tahun di PICC. Boleh katekan sume penduduk kat Putrajaya turun utk lihat sendiri.Katanye tiket masuk ke PICC utk acara tu RM200.00. Tak kurang ramainya yang lihat pertunjukkan itu dari jauh siap bawak tikar lagi. Secara amnya acara ini adalah pertandingan yang disertai oleh negara luar seperti Canada, Australia dll. Malaysia juga ade mengambik bahagian Malaysia mendapat tempat kedua.Lebih kurang setengah pertunjukkan iu pun tamat.


Akhirnya
...sampai jugak kat rumah. Dengan badan yang letih aku pon merehatkan diri. Harap esok x bgn lewat. Sekadar perkongsian. Wassalam.

Pengajaran semasa dalam perjalanan
1. Merancang untuk balik dan packing awal supaya tidak tertinggal barang yang penting.
Act aku nak bawak balik buku sikit…ish3

2. kalau aku solat Maghrib kat Sungai Buloh dlu ok gak solat diawal waktu. Mgkn dimudahkan pejalanan.

3. Tnye orang tu biar btul2. Wktu dalam ERL tu aku just tnye ERL ni gi KLIA ke. Dia kate ye. Memang pun, cume tak tnye ERL tu transit ke ekspres. Time tu agak keliru siket.

4. keadaan beresak-esak kat dalam tren dah lama dialami oleh pengguna pengangkutan
awam. Lebih-lebih lagi apabila harga petrol naik amelambung.

1 comment: